[Ct3 & S.N] Gyakuten Saiban 05

Tue Jun 14 2016 01:54:29 GMT+0800 (Malaysia Time)
[Ct3 & S.N] Gyakuten Saiban 05 Cover Image

Niboshi Saburou, pelakon bagi seorang watak adiwira, Tonosaman telah menjadi suspek utama dalam satu kes pembunuhan. Semua bukti dan alibi saksi hanya menunjukkan bahawa defendan sebagai pesalahnya. Adakah tuduhan ini benar? Adakah Tonosaman seorang pembunuh?

Jika anda ada pengalaman dan latar belakang dalam bidang guaman dan ingin membantu menambahbaik kualiti terjemahan ini ~ hubungi kami melalui email (ct3fansubs@gmail.com) atau facebook kami.

Ct3 & S.N Fansubs Penterjemah: h3nshin (Ct3) Editor / QC: Neko☆Damashi (S.N) FX / OP : h3nshin (Ct3) ED : Nadzmi210 (S.N)

Di Sebalik Tabir Pensarikataan (TRIVIA!)

  1. Studio Penggambaran Eito sebenarnya diilhamkan dari Studio Penggambaran Toei, studio yang menerbitkan siri adiwira “live-action” seperti Super Sentai dan Kamen Rider.
  2. Musuh ketat Tonosaman bernama Akudaikan (アクダイカーン), di mana Aku (アク / 悪) bermaksud “Kegelapan”, dan Daikan (ダイカーン / 代官 ) bermaksud “Majistret”. Kami mengambil jalan alternatif mengubah terjemahan baku “Majistret Kegelapan” menjadi “Majistret Neraka” sebab rasa lebih sesuai dengan konteks penterjemahan.
  3. Asal usul nama Tonosaman berkebarangkalian besar dari perkataan Tonosama (殿様) yang bermaksud “Tuan Feudal”, sebuah gelaran yang diberikan kepada golongan bangsawan sewaktu era feudal Jepun.

Gdrive | MEGA (S.N Fansub)

DDL Page